shafinarazin
6 tahun
Masalah paru paru atau jantung
Saya berusia 36 tahun, sering terasa pedih pada ulu hati, selepas makan, kadang terasa sesak nafas dan lengan kiri dan bahu sering nyeri… sudah buat ECG tapi normal. Saya juga ada masalah batin pada hempedu…masalah ini ada kaitan dengan jantung ke?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gastritis
- Angina jantung
- Radang hempedu
- Radang pankreas (pankreatitis)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut seperti pemeriksaan fizikal atau imbasan ultrasound adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































