
Sulit
4 tahun
Masalah payudara gatal dan sakit
Payudara saya terasa sakit dan gatal. Kadang kadang bila saya picit dia keluar cecair. adakah ini perkara biasa atau saya sakit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit payudara boleh disebabkan oleh:
- Pembengkakan payudara akibat:
- Terlalu banyak susu ibu
- Saluran susu ibu yang tersumbat
- Jangkitan pada saluran payudara (mastitis)
- Sakit akibat kulit atau otot dada tercedera
- Payudara juga menjadi lebih sensitif dan sakit apabila hampir datang haid atau pada peringkat awal kehamilan
- Mastalgia ( noncyclical )
- Costochondritis iaitu akibat keradangan tulang rusuk
- Mastitis iaitu keradangan payudara
- Inflammatory breast cancer
- Breast abscess iaitu pembentukan nanah dalam payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.