Anonymous
6 tahun
Masalah payudara luka
Saya wanita berusia 30thn, belum berkawin dan sejak tahun lepas sy perasaan sebelah payudara sy bentuk lain dr kebiasaan. Dan kerap kali terjadi kulit di sekitar payudara sy kemerahan kemudian jd mcm lebam dan seterusnya timbul mcm jerawat atau nanah. Dan bila sy picit keluar cecair sy xtau nanah atau x. Selalunya di tempat yg sama. Setahu sy wanita yg sudah berkawin sj akn mengalami kanser payudara. Sy belom berkawin. Jd apakah kemungkinan masalah yg sy hadapi ni.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah benjolan pada payudara boleh disebabkan oleh beberapa kondisi seperti :
- Cyst / kista
- Abses atau nanah
- Gumpalan tisu fiber
- Gumpalan tisu lemak
- Kanser payudara
Tidak semua benjolan payudara disebabkan oleh kanser payudara, namun perlu diwaspadai bila benjolan payudara disertai gejala berikut:
- benjolan keras/bergetah
- tidak/kurang sakit
- kulit di atas tukar warna/pudar
- hilang berat badan/selera makan
- masalah pernafasan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara atas talian. Terima kasih.

































