
Sulit
3 tahun
Masalah payudara tidak tumbuh
Sy berumur lewat 20-an dan belum berkahwin. Sy amat bimbang kerana dlm usia ini, payudara sy tidak berkembang atau tumbuh. Seperti seorang kanak2. Namun akan berasa sakit dan keras di sekitar kawasan payudara dlm tempoh sebelum dan semasa haid.Adakah payudara boleh tumbuh setelah berkahwin nnt? Bolehkah sy rujuk masalah ini kpd doktor am sahaja atau ada pakar khas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Masalah hormon
- Sindrom genetik
- Hypoplastic breast
- Cyclical breast pain; berkaitan dengan sakit sebelum atau semasa haid
- Kanser payudara; sakit payudara
Berkaitan saiz payudara, ia bergantung kepada hormon dan juga tisu payudara yang terdapat pada seseorang.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.