
Sulit
5 tahun
Masalah payudara yang membengkak
saya berumur 20 tahun, untuk beberapa harini tiba tiba sada saya rasa sakit yang anat. saya mencari jila ade ketulan tapi tidak ada. jadi saya cuba tekan di mana rasanya sakit tu. Dia ade dia belah bahagian dada di tepi. Dan kedua dua dada ade rasa sakit yang sama. Adakah itu bengkak? atau penyakit lain? terima masih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkaitan dengan masalah anda, ia mungkin berpunca dari pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon disebabkan oleh haid. Selalunya wanita akan merasa payudara nyilu atau sakit sebelum haid.
- Kecederaan pada payudara
- Payudara yang besar juga akan mengalami kesakitan jika salah memilih pakaian dalam
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.