
Sulit
4 tahun
Masalah pembengkakan pada usus dan keputihan yang dah tak macam biasa
DoctorOnCall: Hi doc. Saya berumur 20 tahun. Saya nak tanya, since 2 bulan lepas, kemaluan saya mengalami kegatalan, lepastu saya rasa ada perubahan dkt biji kelentit saya which is makin besar drpd biasa. Saya ingat normal. Tapi keputihan saya dah tak macam biasa. Saya cuba masukkan jari dkt bahagian vagina tu, saya rasa ada pembengkakan. Bila saya keluarkan jari saya, keputihan saya banyak sangat melekat dkt jari tapi tekstur dia macam kertas yang dah kena air, dan bau pun kurang enak dan tak selesa… Masa mula2 saya kena, 2/3 minggu lepastu dah okay balik, dah tak bengkak. Tapi ni dah start bengkak balik. Apa penyakit saya ni doc?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, mungkin ia disebabkan oleh jangkitan pada vagina. Ini disebabkan oleh pelbagai sebab. Antaranya ialah ;
- Jangkitan kandida (sejenis kulat)
- Bacterial vaginosis
- Chlamydia trachomatis
- Gonorrhea
- Trichomonas vaginalis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Risau dengan masalah keputihan? Dapatkan penjagaan wanita yang terbaik buat anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.