
Sulit
4 tahun
Masalah pembuangan air besar and perubahan warna najis lain dari kebiasaan
Saya adalah wanita 20an. Adakah bahaya jika membuang tetapi najis berwarna hitam seperti arang? Ia sudah berlaku dua hari berturut-turut. Saya tidak mengambil sebarang pil zat besi. Also, takda rasa simptom pelik atau sebarang sakit di perut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang najis berwarna hitam.
Untuk makluman pihak anda, najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh pemakanan seperti pengambilan iron . Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di dalam perut atau saluran usus. Antaranya seperti:
- pendarahan ulser perut
- radang usus
- kanser
- Masalah pembekuan darah yang mungkin disebabkan oleh ubat pencair darah juga boleh menyebakan masalah ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.