
Sulit
4 tahun
Masalah pembuangan najis
saya mempunyai sedikit pertanyaan mengenai masalah yang dihadapi. saya setiap hari akan ke tandas untuk membuang air besar. tapi yang menjadi kerisauan apabila sekarang setiap kali ingin membuang saya perlu menekan sedikit bahagian perut dan saya dapat merasa seperti ada ketulan lembut di bahagian dalam dubur. kadang-kadang saya jadi sukar untuk membuang air besar walaupun ketika itu saya mengalami sakit perut. jika tidak dapat membuang najis, bahagian pinggang saya akan terasa sakit/lenguh dan tidak selesa.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi iaitu:
- Buasir
- Anal fissure
- Jangkitan dalam dubur
- Cyst pada bahagian dubur
- Masalah pada saraf pudendal
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.