
shilazamri2906
5 tahun
Masalah pemilihan pil perancang
Sy wanita berusia 27 tahun… sebelum ini memang suka mkn pil perancang jenis nordette tp setelah 8 bulan baru sy dapati sy tidak sesuai dengan ubat tersebut kerana syurga mengalami uzur sebulan
. Doktor ade suggestion ubat ape yg sesuai dengan sy

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, kedua-dua pil perancang yazmin dan mercilon adalah pil perancang gabungan (combined oral contraceptive pill) Pil kombinasi sebegini mengandungi hormon bentuk sintetik (buatan manusia) estrogen dan progestin. Kebanyakan pil dalam setiap kitaran adalah aktif, yang bermaksud ia mengandungi hormon.
Antara kesan sampingan pil perancang yang lebih biasa ditemui adalah seperti
- Libido seks menurun
- Rasa loya
- Pendarahan haid antara kitaran
- Kesakitan payudara
- Perubahan mood atau emosi
Untuk mengetahui pil perancang yang paling bersesuaian untuk anda, maklumat yang selanjutnya mengenai status kesihatan anda adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.untuk mendapatkan konsultasi yang selanjutnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.