
Sulit
4 tahun
Masalah pencernaan perut
Saya lelaki berusia 29 tahun, saya ingin bertanya kenapakah saya kerap membuang air besar tapi ia bukan cirit najis lembut dan berwarna kuning. Untuk pengetahuan Dr sebelum ini, saya ada sembelit. Namun begitu, semblit sudah OK. Mohon pencerahan dari Dr kenapa kerap buang air besar? Terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Secara umumnya, gejala kerap berak adalah tanda yang usus anda sihat dan berjalan lancar. Namun, ia boleh disebabkan oleh masalah usus yang tersembunyi sekiranya perkara ini menjadi teruk dan didatangi dengan simptom-simptom yang lain. Antara penjelasan yang boleh diberi mengenai masalah anda ialah:
- Anda mungkin mengamalkan pemakanan yang sihat seperti memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi fiber yang tinggi.
- Amalan gaya hidup yang sihat serta terlalu aktif boleh menyebabkan metabolisma anda tinggi serta penghadaman yang terlalu lancar dan laju.
- Terlalu banyak minum kopi
- Terlalu stress atau kegelisahan
- Penyakit alahan atau ketidakbolehan toleransi atas makanan yang diambil seperti Gluten ( Celiac Disease ). Contoh gluten: gandum, tepung, dan barli
- Penyakit keradangan usus Chron
- Penyakit irritasi usus ( irritable bowel syndrome )
- Jangkitan kuman pada usus
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Najis berdarah
- Cirit-birit
- Dehydrasi seperti kering mulut dan tekak
- Muntah-muntah
- Gejala sembelit
- Demam
Namun begitu, anda mempunyai masalah sembelit sebelum ini di mana kami berasa simptom ini memerlukan pemeriksaan rapi dari doktor untuk membuat kesimpulan tentang punca sebenar yand anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.