Sulit
5 tahun
Masalah pendarahan di kemaluan
Hi doktor. Saya berusia 29. Pada bln feb tahun ni, saya mengalami keguguran ketika kandungan 10w. Pada bln mac haid dtg sperti biasa. Stlh haid, saya ada bersama suami sbyk 3 kali. Kali ke 3 bersama tu, esoknya saya perasan ada darah keluar dari kemaluan saya. Sejak dari tu, setiap hari darah tu keluar shgga skrg masih ada. Darah berwarna coklat gelap tp dlm kuantiti yg sedikit. Saya nak tamya, adakah darah tu darah selepas keguguran ataupun darah penyakit. Saya nak cek ke doktor tp susah nak keluar sbb skrg masih pkp
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah pendarahan selepas berhubungan boleh disebabkan oleh:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




































