
nurulaisyah536
4 tahun
Masalah pendarahan & perancang
salam sejahtera Dr, saya seorang wanita yg berusia 27 thun dan baru melahirkan anak sekitar 2 bulan yg lepas dgn kaedah ceasar. sy ada ambil perancang suntikan depo bulan lepas,waktu saya ambil suntikan tu hari pertama sy period and after suntikan tu period sy terus stop.now,untuk bulan ni sy tengah period hari ke 5 tapi flow darah masih normal lagi. adakah keadaan ni normal? sy risau jika ianya berlarutan sehingga lebih seminggu sebab period normal sy sebelum ambil perancang cuma sekitar 6 hari. macam mana sy nk bezakan pendarahan dalaman kesan pembedahan dgn period ye?
terima kasih sbb menjawab soalan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jawapan ini adalah jawapan am mengenai masalah anda.
Untuk makluman anda, pengambilan kaedah perancangan seperti pil atau suntikan yang baru yang mengandungi horman wanita seperti estrogen atau progestin boleh menyebabkan tindak balas ke atas badan anda, terutamanya mempengaruhi organ reproduktif wanita. Oleh itu, masalah haid berlebihan yang anda risau untuk alami boleh disebabkan oleh badan anda yang tengah menyuaikan diri dengan hormon perancangan yang disuntik (Depo Provera) sebelum ini.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun, kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami simptom-simptom yang berikut:
- Pendarahan yang berlarutan dan semakin teruk
- Senggugut yang tidak berkait dengan kitaran haid anda
- Kegatalan atau bengkak pada kawasan alat sulit
- Ketegangan atau ketumbuhan pada kawasan rahim (perut bahagian bawah)
- Haid yang tidak teratur secara berpanjangan
Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.