
Sulit
4 tahun
Masalah pendarahan semasa haid
Saya wanita yang berusia 21 tahun, saya mengalami darah haid yang terlalu banyak. Di mana dalam masa 4 jam saya terpaksa tukar tuala wanita yang saiz 32cm. Saya juga mengalami kitaran haid yang tidak seimbang dimana sebelum ini sekurang kurang 3 kali datang haid dalam setahun ataupun setiap 5/6 bulan. Tetapi kali ini hanya 2 bulan. Kali ini juga jarang jarang saya merasa sakit senggugut yang sangat sakit dan panjang.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang terlalu banyak atau haid berlebihan. Untuk makluman anda , haid berlebihan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Sekiranya masalah in berterusan dan bertambah teruk sehingga anda berhadapan dengan simptom dibawah, kami sarankan anda untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya :
- Sesak nafas
- Kelihatan pucat
- Pening kepala
- Pitam
- Jantung berdegup kencang
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat memerlukan maklumat lanjut berserta pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!