
Sulit
4 tahun
Masalah pendengaran, salah dengar tapi tak pekak
Saya wanita berusia 28 tahun, menghidap penyakit mental iaitu schizophrenia with depression.
Tapi saya nak tanya pasal pendengaran. Wujud ke keadaan di mana telinga seseorang tu tidak pekak tetapi mungkin otaknya terjemah perkataan yang didengar kepada perkataan lain. Dengan bahasa mudahnya salah dengar, orang cakap lain kita dengar lain. Tapi kita tak ada masalah pertuturan ataupun pendengaran.
Apa yang patut saya lakukan untuk atasi masalah ini?
Keluarga mungkin faham tapi bila berdepan dengan orang luar kadang-kadang susah juga. Takut pula orang fikir kita ni pekak ke, kadang-kadang mengiyakan saja apa yang orang lain cakap padahal tak dengar dengan jelas pun butir-butir percakapannya tu.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan adalah diperlukan kerana soalan yang anda kemukakan tidak jelas sepnuhnya. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.