Sulit
6 tahun
Masalah penggunaan pil perancang
Saya wanita,umur 31 tahun,saya ada ambil ubat perancang regividone,slps hbis kitaran 21 hri,hri ke 22 sy melakukan SI,disebabkan saya takut termengandung,sy mengambil pil prostinor sebnyak 2 cycle(4 biji),selepas pengambilan pil prostinor,tiada haid yg datang sehingga sekarang,ujian UPT dibuat adlh negative
1.adakah apa2 ubat yg boleh keluarkan haid?
2.adakah disebabkan pngambilan pil prostinor menyebabkan gangguan haid pada saya?
Tq.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, setiap hubungan seksual tanpa perlindungan mempunyai risiko untuk hamil tergantung kepada tahap kesuburan anda. Kesuburan seorang wanita biasanya pada sekitar hari ke-14 daripada kitaran haid yang normal. Postinor berfungsi mengelakkan kehamilan dengan melambatkan pengeluaran ovum, maka sekiranya anda belum datang tempoh subur, maka boleh dikatakan ovum anda akan keluar lebih lambat. Sebetulnya sukar untuk ditentukan apakah sebenarnya yang berlaku tanpa pemeriksaan dan maklumat lanjut. Secara umum, memandangkan anda telah mengambil Postinor sesuai instruksi, boleh dikatakan risiko kehamilan dicegah sebanyak hampir 95%.
Disamping itu, efek samping yang sering muncul setelah menggunakan Postinor adalah seperti mual, muntah, perdarahan, sakit payudara, sakit kepala, pening, keletihan dan dapat berlangsung sampai dua hari. Seandainya masih ragu dengan status kehamilan, sebaiknya puan melakukan pemeriksaan kehamilan sederhana menggunakan urine pregnancy test (UPT)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































