
Sulit
4 tahun
Masalah penghadaman dan pencernaan perut
Saya lelaki berusia 30 tahun. Sebelum ni saya ada sembelit, namun begitu, sembelit saya sudah OK tetapi maslah skrg knp najis saya tidk keras seperti biasa malahan lembik dan kecik. Mohon pencerahan dari Doktor. Terima kasih.

4 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami masalah anda iaitu najis sudah tidak menjadi keras seperti biasa selepas sembuh daripada sembelit.
Untuk makluman tuan, anda tidak perlu risaukan sangat tentang hal ini kerana ini menunjukkan yang anda sudah sembuh berdasarkan keterangan tentang najis anda. Walaubagaimanapun, jika anda berminat untuk mengetahui punca masalah pencernaan, anda boleh baca informasi tentang itu di bawah.
Masalah usus atau pencernaan akan berlaku sekiranya seseorang itu mengalami simptom-simptom seperti:
- Sakit perut
- Najis berdarah
- Cirit-birit atau sembelit
- Muntah dan loya
- Sakit dada
- Demam panas
- Ketulan atau kekerasan pada kawasan perut dan usus.
- Penurunan berat badan yang drastik ataupun hilang selera makan.
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.