
Sulit
4 tahun
Masalah penghadaman perut
Saya lelaki berusia 29 tahun, saya ingin bertanya kepada doktor kenapa saya kerap buang air besar terutama waktu pagi. 2,3kali. Najisnya lembut bukan cirit. Sebelum ni saya sembelit tpi maslah sembelit sudah beransur OK. Mohon pencerahan dr Doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, kemungkinan gejala kerap buang air besar pada waktu pagi adalah perkara yang tidak perlu dibimbangkan. Ia mungkin disebabkan oleh pencernaan usus yang berjalan dengan lancar pada ketika waktu tidur atau waktu malam. Anda juga mungkin mengalami kerap membuang air besar disebabkan oleh tabiat pemakanan anda yang mengandungi tinggi dalam kandungan fiber seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, serta makanan yang mengandungi pelbagai vitamin. Kerap membuang air besar adalah tanda-tanda usus anda sihat, namun dengan beberapa tetapan.
Masalah usus atau pencernaan akan berlaku sekiranya seseorang itu mengalami simptom-simptom seperti:
- Sakit perut
- Najis berdarah
- Cirit-birit atau sembelit
- Muntah dan loya
- Sakit dada
- Demam panas
- Ketulan atau kekerasan pada kawasan perut dan usus.
- Penurunan berat badan yang drastik ataupun hilang selera makan.
Untuk info lanjut, sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.