
Anonymous
5 tahun
Masalah penglihatan mata
penglihatan mata kanan saya sangat kabur dan tak boleh fokus pada satu benda.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat tambahan seperti durasi, jenis kekaburan serta sejarah kesihatan anda perlu dikethui untuk mengenalpasti punca masalah mata yang dihadapi anda. Kekaburan mata boleh disebabkan:
- Rabun jauh
- Kemasukan objek asing atau debu
- Katarak - akibat diabetes yang tidak terkawal
- Glaukoma
- Jangkitan mata seperti uveitis atau scleritis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.