
Sulit
5 tahun
Masalah penyakit gatal
Saya merupakan remaja perempuan berumur 17 tahun. saya mengalami masalah penyakit kulit dan sampai sekarang saya masih lagi tak tahu cara untuk hilangkn masalah kulit ni. pada bahagian yang tertentu, terdapat kudis dan tompok tompok putih di bahagian tersebut. kadangkala ia mengeluar cecair apabila digaru. dan lama kelamaan, ia berdarah dan sering menganggu kehidupan harian saya. Saya telah berjumpa dengan pelbagai doktor untuk rawatan lanjut. namun, ada ubat yg tidak berkesan dan ada yg menggalakan gatal. sekarang ni, sudah masuk tahun ke-4 saya mengalami masalah tersebut. setiap kali saya makan ubat, apply krim, dia elok sekejap sahaja, selepas beberapa bulan masalah tersebut kembali dan semakin teruk dari yang sebelumnye. ia amat menganggu rutin harian, pembelajaran semasa di sekolah dan menganggu tidur saya. saya mengalami insomnia apabila masalh gatal ini kembali. buat kali 8, sekarang ia datang semula. Saya harap, doktor mempunyai jawapan saya perlukan. terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Hal ini kerana anda tidak menjelaskan lanjut bahagian manakah yang dimaksudkan dengan masalah kulit anda
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.