
Anonymous
5 tahun
Masalah penyakit kelamin
Saya lelaki baru berusia 24 tahun…saya mendapti terkena penyakit kelamin kluar nanah atau gonorea…boleh kah saya mengubati penyakit ini sndri tanpa rawatan doktor…saya malu untuk berjumpa doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, ubatan untuk sakit gonorrhoea/sifilis tidak boleh dibeli daripada pharmacy dengan sendiri kerana ubatan tersebut memerlukan preskripsi doktor disebabkan jenis ubatan dan dosage yang diberikan adalah berbeza bergantung kepada keadaan pesakit.
Untuk makluman anda, CDC kini mengesyorkan “Dual therapy” (iaitu menggunakan dua ubat) untuk rawatan gonorrhea) Biasanya suntikan dan pil antibiotic akan diberikan, di mana jenis antibiotic yang diberikan akan berdasarkan keadaan pesakit tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya dan pengesahan mengenai penyakit kelamin, anda adalah amat disarankan untuk berhubung dengan doktor kami sebelum buat kesimpulan dengan tersendiri. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.