
ajinkhalid
4 tahun
Masalah penyakit lalaki
Saya jin (bkn nama sebenar)… Berumur 29 tahun Baru berumah tangga… Masalah saya adalah saya gagal kekalkan ereksi ketika bersama dgn isteri… Ada kalanya terasa mcm kurang keras… Gagal utk masukkan ke dlm faraj… Saya rasa saya tiada masalah dari segi morning Wood… Saya dlm kategori lebih berat badan. Tidak ambil sebarang ubatan… Tiada kencing manis. Tekanan darah tinggi xmenentu… Sebab saya ni sedikit berdarah gemuruh. Mohon bantu… Saya berasa stress bila fikir… Terima kasih. Adakah ia disebabkan psikologi atau melibatakan fisiologi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah psikologi
- merokok
- masalah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.