
Sulit
4 tahun
Masalah Perancang keluarga
Saya nak tanya…saya telah bersama dengan suami dan suami terpancut dalam…ada ubat tak yang boleh saya makan untuk cegah kehamilan?..

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ubat perancang.
Untuk makluman anda, pil perancang kecemasan boleh diambil setelah berhubungan seksual.
Di sini saya nyatakan cara tentang pengambilan pil perancang kecemasan seperti yang berikut sebagai panduan:
- Ambil satu tablet secepat mungkin selepas melakukan hubungan seks tanpa perlindungan (kondom dll). Lebih awal anda mengambil Pil, lebih berkesan untuk mencegah hamil. Dinasihatkan untuk mengambilnya sebaik sahaja selepas bersetubuh.
- Tablet pertama harus diambil tidak lewat daripada 72 jam selepas bersetubuh. Ambil tablet kedua sebaik 12 jam selepas tablet pertama.
- Oleh kerana anda perlu mengambil tablet kedua 12 jam selepas mengambil tablet pertama, anda perlu merancang masa mengikut kesesuaian supaya anda tidak mudah lupa untuk mengambil tablet kedua (contohnya, tidak pada pertengahan malam ketika anda mungkin sedang tidur) dan ambil tablet pertama 12 jam sebelum itu. Ini bermakna anda mungkin perlu tangguh untuk mengambil dos pertama sedikit. Anda harus ingat walaupun anda sudah mengambil tablet pertama, kesan untuk mencegah hamil sudah pun berlaku…
- Jika anda muntah dalam masa 2 jam selepas mengambil salah satu tablet, anda harus kembali ke farmasi, doktor atau klinik kerana kemungkinan tablet tidak diserap dengan betul dan ini menyebabkan anda perlu mengambil tablet tambahan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Anda boleh dapatkan pil perancang kecemasan di mana-mana farmasi atau di klinik.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.