
Sulit
3 tahun
Masalah percakapan dan kegelisahan
Selamat sejahtera , saya seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun , setiap kali saya menerangkan sesuatu , cara percakapan saya sangat tidak terurus sehingga mereka tidak memahami apa yang saya cuba sampaikan dan sangat tidak jelas . Selain itu , sejak tahun ini , saya sering memukul kepala , gelisah apabila teringat sesuatu tragedy yang sangat memalukan diri saya sehingga kepala saya dibahagian belakang sangat sakit dan menangis , dan apabila saya sedang belajar , saya tidak dapat fokus kerana teringat perkara perkara tersebut .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah pertuturan. Anda juga memaklumkan bahawa anda gelisah memikirkan peristiwa lama dan anda susah untuk fokus. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah pertuturan anda boleh disebabkan oleh perkara-perkara berikut :
- kecederaan pada kepala
- ketumbuhan dalam otak
- masalah neurologi seperti strok
Selain itu, masalah gangguan emosi seperti keresahan dan bipolar mood disorder juga boleh menyebabkan masalah pertuturan. Masalah kesihatan mental juga boleh menyebabkan kesukaran untuk focus dan kegelisahan. Kami menyarankan anda untuk bercakap dengan doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri