
Sulit
4 tahun
Masalah perioad tidak teratur dan sakit dibahagian ari-ari sebelah kiri
Hi doc,sy seorang suri rumah,mempunyai seorang anak,sy mengalami sakit di bahahian ari-ari sebelah kiri hingga ke tulang belakang,sy juga mengalami period yg tidak teratur,keluar seakan-akan ketulan keju dari faraj,kadang² hampir 6 bulan tidak datang period,sudah test urine tapi tidak hamil,hmpir 9 tahun bersama suami baru tetapi belum dikurniakan anak…minta pencerahan dari pihak doc

4 tahun
Hi dan salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Masalah haid tidak teratur adalah gejala yang mungkin punca kepada masalah kesuburan. Antara faktor-faktor yang menyebabkan haid tidak teratur ialah:
- sindrom polisistik ovari
- endometriosis
- penyakit radangan pelvik
- fibroid pada rahim
- penyakit kelenjar tiroid
- pil perancang
- tekanan emosi
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang masalah anda oleh itu saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!