Sulit
6 tahun
Masalah period atau mengandung
Saya seorg wanita berumur dalam 30 thun.sy ingin bertanya doc. Sy bru sja lewat sehari period wlubagaimnapn pada hari kedua sy telah period slma 3 hri dan malam ketiga telah bersih seperti biasa. Namun sekarang sy merasa sakit di bahagian pinggang belakang ada masa di bahagian abdomen kiri, kanan dan tengah. Sy was2 ada ka sy pregnant atau ada simptom lain.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit perut dan pinggang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit keradangan pelvik
- appendisitis kronik
- inflammatory bowel disease (IBS)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.






























