
Sulit
5 tahun
Masalah period atau tanda kehamilan
Sy wanita berusia 25 tahun , bulan 8 sy period pd 12hb dan sebelum period pd bulan 9 lebih kurang seminggu sebelum tarikh 11hb sy melakukan hbungan seks dan pd 11hb hanya mengalami spotting blood pd panty liner lebih kurang 3 4 hari belaku perkara sama dan pd 18hb sy dtg period selama hanya 4 hari shaja tanpa ada rasa senggugut sperti sebelumnya dan ada juga membuat UPT but negative . That is tanda kehamilan atau mcm mana but im period , sy buntu dan tidak tahu sama ada tanda hamil or so on . Please give me the answer Doc . TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
- Pendarahan implantasi kehamilan
Klik link ini untuk mengetahui cara-cara menggunakan UPT dengan tepat. (Ujian kehamilan)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.