
Sulit
4 tahun
Masalah Period Berpanjangan selama 50 hari
Saya mengalami masalah period yang panjang yang pertama mula dr 10/11/2020-15/12/2020 lebih kurang 35 hari saya pergi klinik swasta buat ultrasound Dr cakap ada fibroid lebih kurang 3.15 cm. Kemudian, Dr buat appointment utk saya refer hospital. Waktu pegi klinik tu dr bagi ubat henti darah tapi takda perubahan apa2. Kemudia saya suci haid selama 12 Hari. Pada 31/12 saya pegi hospital buat ultrasound skli lagi Dr tak nampak apa2 ketumbuhan or ketulan pada rahim saya. Dr bagi ubat kawal pendarahan. Pada 27/12/2020 sampai hari ini 16/2/2021 darah saya keluar tak berhenti lagi lebih kurang 50 hari dah… pada awal pendarahan ini keluar hanya sedikit. Saya dah taktahu nak buat apa dan taktahu kenapa lama sangat macam ni. Appointment seterusnya dengan Dr 25/3/2021. Apa yg perlu saya buat sekarang sebab dah 50 hari dah dah Tak berhenti henti. Tambahan saya still student dan belum berkahwin.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan anda, saya fahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah haid berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, memandangkan darah haid anda masih tidak berhenti sehingga kini, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!