Sulit
5 tahun
Masalah period buat saya risau
Saya wanita berumur 22 tahun. Saya ada masalah seminggu sakit badan sebelum haid. Sebelum haid ada keluar lendir coklat bersama darah. Esoknya keluar darah merah terang tapi hanya 1 hari 1 malam. Hari seterusnya saya cuma kluar lendir coklat. Ada rasa kram perut juga kadang2. Adakah normal ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pendarahan yang sedikit ini dikenali sebagai pendarahan spotting. Terdapat pelbagai penyebab masalah ini boleh berlaku, antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya spotting didatangi dengan simptom lain seperti:
- haid yang lebih panjang dan banyak
- faraj gatal dan merah
- haid tidak teratur atau lewat
- mual
- sakit semasa kencing atau melakukan hubungan seks
- sakit bahagian ari-ari atau pelvis
- lendiran yang abnormal atau berbau keluar dari faraj
- berat badan bertambah
Untuk pengetahuan anda, sakit kekejangan ataupun cramp sewaktu kedatangan haid adalah normal bagi wanita. Kebiasaannya rasa senggugut ini akan datang 1-3 hari sebelum haid bermula dan akan berakhir pada hari ke 3 atau hari ke 4 kitaran haid. Sekiranya kesakitan ini bereterusan, anda disarankan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang pendarahan spotting? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























