
Sulit
3 tahun
Masalah period & dalaman
Hi, saya berumur 28 tahun & sudah berkahwin selama 2 tahun. Saya & suami telah ikhtihar utk mendapatkan anak tapi masih belum dikurniakan rezeki lagi.
Pada bulan 9, period saya hanya datang satu hari shj. Dan keadaan darah agak pekat, tapi tiada apa apa tompok. Pada bulan 10, langsung tiada period.
Adakah saya boleh mula utk buat ujian upt. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan puan, kitaran haid yang normal terjadi setiap 28 atau paling lama 38 hari.
Berdasarkan keterangan yang diberikan, punca-punca umum haid datang lambat boleh terjadi disebabkan stress, penggunaan pil perancang, dan kehamilan.
Sekiranya haid datang lebih lama daripada 38 hari atau lebih pendek daripada 24 hari, kondisi ini dapat dikatan sebagai haid yang tidak normal. Haid yang tidak normal dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Anda boleh mengambil ujian UPT untuk mendapat keputusan yang pasti. Saya juga menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan