
Sulit
5 tahun
Masalah period Dan air mani menggaggu kesuburan
Hi Doctor. Saya telah mendirikan rumah tangga selama 3 bulan lebih. Saya ingin cepat menimang cahaya mata. Kitaran haid saya sebelum berkawin dalam 28-36 hari setiap bulan. Setelah berkahwin kitaran haid sy 34-35 Hari. Adakah sy mengalami masalah dalam kesuburan? Selain itu, setiap kali sy dan suami berhubungan air mani akan keluar meleleh ke peha setelah sejam. Adakah sperma tidak mengalir ke ovari? Itu sahaja doktor. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tahniah atas perkahwinan anda. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami hasrat anda untuk menimang anak dengan segera. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid berubah tidak merujuk pada tahap kesuburan anda. Untuk mengetahui tahap kesuburan, anda harus melakukan pelbagai ujian untuk melihat pada hormon serta organ peranakan anda untuk menentukannya.
Selain itu, air mani yang meleleh keluar tidak menandakan bahawa ianya tidak mengalir ke ovari. Sejujurnya, kita tidak dapat memastikan sekiranya sperma itu berrenang ke ovari atau tidak dengan mata kasar sahaja.
Nasihat saya, anda disarankan bersabar dan teruskan mencuba. 3 bulan adalah tempoh yang singkat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Saya doakan agar anda segera mengandung. Terima kasih.