
Sulit
4 tahun
Masalah period dan rasa sesuatu semasa melompat di bahagian labia saya
Hi doc. Saya wanita berusia 22 tahun dan masih bujang. Saya mengalami masalah cycle length lebih daripada 35 hari iaitu 38-43 hari sejak oct 2020. Dan berat saya naik tahun lepas. Adakah cycle length saya tidak normal akibat berat badan naik? Dan sekarang saya dalam proses utk menurunkan berat badan. Diet dan workout. Berat badan saya ada turun sikit. Dan saya perasan kebelakangan ini bahagian labia saya berasa luas sedikit dan terasa ada sesuatu “hanging” especially semasa saya melompat. Lepas tu saya dah tak lakukan aktiviti yang ada melompat2. Tapi saya dah check di bahagian itu ttapi tak ada apa2. Adakah itu kesan daripada berat badan saya yang sudah turun atau ada sesuatu? Saya risau saya mempunyai masalah rahim jatuh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang rakan anda hadapi iaitu kitaran haid yang tidak teratur. Untuk makluman anda, gejala ini merupakan masalah yang sering muncul bagi para wanita. Masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara yang serius mahupun tidak. Antara penyebabnya adalah seperti berikut:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim ( Endometriosis )
- Kanser ovari atau rahim
- Penyakit keradangan pelvis yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah kencing sakit.
Apabila haid seorang datang secara teratur, ini dipanggil sebagai kitaran haid. Kitaran haid secara tetap menandakan bahawa tubuh badan anda berfungsi dengan normal. Kitaran haid menyediakan bahan kimia yang penting, yaitu hormon, bagi menjaga kesihatan tubuh. Kenaikan dan kejatuhan tahap hormon akan mengawal proses kitaran haid pada setiap bulan.
Menurunkan berat badan kepada BMI yang normal adalah satu perkara yang baik dan menjadi galakan untuk semua individu bagi mengatasi masalh obesiti. Bersukan adalah aktiviti yang sihat, tetapi jika bersukan secara keterlaluan tanpa rehat yang mecukupi boleh menyebabkan kesakitan ataupun lenguh pada bahagian otot anda. Sila patuhi kaedah dan teknik bersukan dengan betul.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.Jika masalah ini berlarutan dan mengganggu anda, kami nasihatkan rakan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Jika anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!