Anonymous
6 tahun
Masalah period lambat
tanya utk pihak kawan saya, masalah dia before makan pil period, period dtg tpi tak teratur and after makan pil period tu terus tak datang smpai skrang… boleh jelaskan kenapa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah. Haid anda mungkin datang lebih awal atau lebih lewat dari biasa. Kitaran haid yang tidak teratur tidak semestinya menandakan masalah, tetapi kadangkala anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor.
Terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur.Antaranya ialah:
• Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
• Penggunaan ubat tertentu
• Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
• Masalah perubatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
• Penebalan atau polip pada lapisan rahim
• Fibroid rahim
Anda patut berjumpa dengan doktor untuk mengenal pasti punca masalah ini. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.



























