
Sulit
4 tahun
Masalah period pada bulan ini saja
Selamat pagi doktor,sy mau tanya,sebelom ni sy punya period normal mcm biasa1-9days.
Tp utk bulan ni sy period 1-9day tu hanya sedikit2 saje keluar…my mean pakai pantyliner je blh cover,then day 10 suddenly period jd bnyk…sy berumur 31 n ibu tunggal dan tidak pernah bersama after cerai…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui keterangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal haid tidak teratur untuk bulan ini sahaja di mana pada hari ke-sepuluh, haid anda menjadi banyak. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa yang boleh membuat kitaran haid tidak teratur, seperti:
• Gangguan hormon
• Hamil
• Penyusuan badan
• Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
• Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
• Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin
• Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
• Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
Untuk makluman anda, pembedahan pada kaki dan mata yang anda jalani sebelum ini tidak ada kena mengena dengan kitaran haid anda berdasarkan maklumat yang kami terima berdasarkan keterangan anda.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Namun begitu ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor jika simptom anda masih berpanjangan. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk mendapatkan nasihat daripada pakar.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!