
Sulit
5 tahun
Masalah Period/period menentu
Saya wanita berumur 28thn…sudah berkahwin… Blm dikurnia anak… Saya mempunya masalah susah haid atau haid tidak menentu…saya pernah jumpa doc atas masalah saya… Doc memberitahu saya mempunyai masalah pcos…dan dlm beberapa bulan ni saya sering kluar darah sedikit sehingga 2minggu ke tiga minggu… Keadaan darah itu seperti ketulan lendir…boleh kah doc suggest saya ubat utk masalah saya… Dan apa solution dr masalah saya… Mungkin utk mendapat zuriat 50/50…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengubatan PCOS adalah tergantung kepada gejala, masalah kesihatan lain, dan sama ada anda mahu hamil. Memandangkan anda telah pun didiagnosis, sebaiknya anda meneruskan rujukan untuk doktor tersebut mengenai perubatan yang berkaitan.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.