
Sulit
4 tahun
Masalah period perpanjangan 10/2020 hingga 4/2021
Salam hi doktor … saya umur 26tahun … saya bersalin bulan 3/2020 baby prem 32minggu … start bulan 10/2020 saya ada keluar darah mcm period sampai la sekarang 4/2021 …saya ada ambil ubat stop darah dari doktor hkl tapi masih sama darah stop pon dlm sehari or dua hari je … dalam bulan 4 ni dh dua kali tiap kali bagun subuh keluar darah yg banyak sangat seperti tumpah darah berserta darah beku sebesar tapak tangan … saya ada ambik temujanji dengan doktor tapi ambik masa yg lama bulan 7 … bila darah terlalu banyak saya jadi risau …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
- Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
- Masalah tiroid
- Tekanan
- Gaya hidup aktif
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.