
Sulit
4 tahun
Masalah Period sedikit kuatir mengandung
Pada Mac 2020 saya bersalin anak ketiga. Selama 6 bulan tidak period dan 27/10 datang bulan seperti biasa… pada 1/11 ade menunjukkan tanda period (ada jalur darah dlm keputihan)… sy berpendapat saya akan heavy period on the next day tapi still sama situasi dia darah tidak keluar… selalunya period sy lancar… adakah sy mengalami masalah period?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu darah haid yang sedikit. Untuk makluman anda, gejala ini dapat disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- kehamilan
- stress
- penurunan dan kenaikan berat badan
- pil perancang kehamilan atau ubat-ubatan lain
Untuk mengetahui punca masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan. Anda disarankan untuk melakukan ujian kehamilan jika haid anda masih sedikit selepas 2 minggu dari tarikh haid anda. Namun jika anda inginkan keputusan yang lebih tepat, saya nasihatkan anda untuk melakukan ujian darah di klinik berdekatan.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Jika anda masih mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!