
faridzatul.shahira
4 tahun
Masalah Period Sedikit Selepas Berkahwin
Saya wanita berumur 29 tahun, sudah 3 tahun berlahwin dan tidak mempunyai anak. Sebelum berkahwin, darah period saya normal (permulaan period darah banyak, akhir sedikit). Tetapi, selepas berkahwin, saya mendapati darah period saya sedikit sahaja yang keluar. Saya telah berjumpa dengan doktor dan doktor mengesyorkan saya mengambil EPO. Doktor juga telah membuat scan dan mendapati tiada masalah (tiada cyst atau fabroid). Sepanjang saya mengambil EPO, period saya masih begitu (kdg² ok, kdg² kembali sedikit). Saya juga telah membuat rawatan tradisional (urutan). Apa perlu saya buat? Keadaan saya masih sama. Saya perlu berjumpa doc yang bagaimana?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, sukar untuk menyukat isi padu darah yang keluar, jadi, selalunya kita menggunakan kayu ukur lain untuk mentafsirkan jumlah darah seperti jumlah penggunaan pad atau jumlah hari keluarnya darah. Jika berdasarkan hari, secara normal darah haid keluar antara 2-8 hari. Jika terlebih, maka haid berlebihan dan jika terkurang merupakan sebaliknya.
Jika menggunakan jumlah penggunaan pad, jumlah yang normal adalah 3-5 pad sehari. Namun, sekadar pengetahuan anda, jumlah normal darah haid adalah antara 25mL-80mL.
Kemungkinan, darah haid anda berkurang berbanding sebelum ini tetapi masih normal. Kesimpulan hanya boleh dibuat setelah konsultasi lanjut dilakukan. Anda boleh terus berjumpa doktor atau klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.