
Sulit
4 tahun
Masalah period sedikit tetapi lama
Hello Dr saya ingin bertanya mengenai period saya berumur 20 tahun dan mengalami period lebih dri 12 hari bermula 14/11-25/11 tetapi keluar sedikit sahaja adakah saya ada masalah hormon atau period atau disebabkan pengambilan supplements

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid berpanjangan.
Untuk makluman anda, masalah haid berpanjangan boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Masalah pendarahan yang boleh menyebabkan haid berpanjangan
- Ketidakseimbangan hormon yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor
- Ketumbuhan tisu rahim pada luar organ rahim (Endometriosis)
- Penyakit sista ovari (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Penyakit keradangan di bahagian peha yang boleh disebabkan oleh jangkitan STI (Sexual transmitted infection) atau jangkitan salur kencing (UTI). Namun, ia akan disampingi oleh sakit perut bawah pusat serta masalah sakit ketika kencing
- Kanser ovari atau rahim
- Masalah tiroid. Ini selalunya disampingi oleh simptom-simptom tiroid seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju
- Ketumbuhan fibroid atau polip dalam rahim, yang boleh menggangu kelancaran pengeluaran darah. Selalunya akan ada ketulan darah atau lendiran coklat
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran .
Sekiranya anda ada mengambil sebarang suplemen, pastikan suplemen tersebut mendapat kelulusan KKM. Anda juga disarankan untuk membaca kesan sampingan suplemen tersebut kerana ia mungkin boleh menyebabkan masalah ini berlaku.
Jika anda mengalami masalah period yang berpanjangan, sila berjumpa dengan doktor untuk mengetahui kondisi sebenar anda.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.