
Sulit
5 tahun
Masalah period selepas cucuk
Hai doc… Sy ada soalan berkaitan period.
Sy cucuk perncang pd hari ke 3 period pd bulan feb2020…period ptma sy dtg slps cucuk pd 10mac. Tp 8,9 mac tu turun koko pekat… Then period sy abes pd 21mac. Now dh smgu period sy abes… 29.n.30 turun Koko yg sma pd ,8,9 mac n harini 31mac trun darah. Adakah itu period? Sy was2 utk solat

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur sememangnya kesan sampingan yang biasa berlaku selepas pengambilan suntikan perancang keluarga ini.
Untuk menetukan adakah anda boleh solat atau tidak, saya cadangkan anda untuk menanyakan hal ini kepada yang lebih arif.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.