
Sulit
3 tahun
Masalah period selepas keguguran
saya berumur 25 tahun dan baru sahaja 3 bulan berkahwin. saya baru sahaja keguguran pda usia kandungan 10weeks pada 20/9 yg lepas disebabkan hcg tidak detect kandungan. semasa keguguran darah yg keluar tidak banyak. pada 11/10 baru2 ni keluar spotting sedikit sehari dan keesokannya tiada sehinggalah 14/10 ni keluar lagi sedikit tapi tidak hari2 sehingga lah 19/10 ni baru tiada. darah hanya sedikit bewarna coklat dan tidak melekat di pad. saya musykil darah apakah itu? adakah period atau saya mengandung lagi? terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah period dan kami akan cuba membantu anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Tisu endometrium
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai,sila berhubung dengan doktor kami atau doktor pakar sakit puan secara atas talian.
Terima Kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.