
Sulit
5 tahun
Masalah period tak henti
Saya berumur 45 tahun mengalami period yang berpanjangan melebihi sebulan.Sudah berjumpa Doktor dah scan dan ambil darah untuk CA 125 resulth normal…apakah punca sebenarnaya dan saya juga diberi ubat hentikan darah walaupun sudah makan hampir seminggu tapi darah masih keluar lagi dan mengalami sakit sengugut di waktu pagi dari pkl 5 pagi sehingga 11 pagi setiap hari.Adakah cara lain untuk menyelesaikan masalah saya ini.terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Masalah pada komponen darah yang menghentikan pendarahan
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.