
Sulit
3 tahun
Masalah period tak teratur dan kerap sakit tumit kaki
Hi doktor! Kenapa period saya sering tidak teratur… cth bulan ni datang period, bulan depan tak … And period date pun tak menentu… And then, saya selalu sakit tumit kaki bila berdiri lama atau berjalan dgn kerap . Adalah dua masalah tersebut disebabkan rahim saya tidak sihat??? Please! Help!

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Berat badan terlalu rendah
- Policystic Ovary Syndrome
- Fibroid dalam rahim
- Gangguan hormon
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Untuk masalah tumit kaki selalu sakit, ia boleh disebabkan oleh masalah seperti berikut:
- Plantar fasciitis
- Heel spur
- Stone bruise/ lebam batu
- Patah di bahagian tumit
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan