Anonymous
4 tahun
Masalah period & tanda hamil positif atau negatif
Saya wanita berusia 31tahun…sekarang sy sudah lewat period 7hari,tapi 3hari lepas keluar spotting…hari nie langsung tiada…bila cek UPT line T tersangat lah kabur…apakah tanda2 itu sy akan period atau hamil?sebab sbelum nie kalau period sy akan rasa sakit breast,dan senggugut,tapi kali nie tiada…kenapa ye?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Ketiadaan haid berserta pendarahan "spotting’ dari faraj dan juga kekaburan keputusan ujian UPT boleh disebabkan atas faktor-faktor seperti:
- Pendarahan implantasi (kehamilan)
- Penggunaan pil perancang
- Anda mungkin mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda mungkin hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doctor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.