
Sulit
3 tahun
Masalah period tidak geratue
saya wanita 20an dimana pada tahun ini darah haid saya tidak teratur dan sentiasa keluar…sekiranya ikutkan calender period tracker period saya mmng tidak teratur…saya agak risau dengan kondisi ini kerana ianya menggagu saya. darah yg keluar tidaklah bnyk tetapi saya tidak boleh bezakan diantara period ataupon bukan…dan darah yg keluar kadang kala berwarna kecoklatan dan merah gelap… saya pernah pergi ke klinik dan doctor hanya sarankan memakan pil perancang… apabila pil sudah habis darah saya jadi semula iaitu berpanjangannn dan keluar sedikit sedikit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Kesan pil perancang kehamilan ( Namun, sesetengah pil perancang juga digunakan untuk merawat haid tidak teratur)
Selain itu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi serta merujuk anda kepada pakar sakit puan sekiranya perlu.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar sakit puan