
Anonymous
5 tahun
Masalah period tidak normal
saya berusia 29 tahun dan sudah berkahwin selma sthn… sy sudah 5 bulan tidak datang haid dan sy tidak mengandung… sebelm sy berkahwin sy mmg mempunyai masalah kelewatan haid tp tak pernah selewat ini… adakah apa2 jenis ubat yang boleh melancarkan period?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 8 hari. Memandangkan anda tidak menjelaskan rutin kitaran haid anda biasanya berapa hari, maka saya tidak dapat untuk menentukan apakah haid anda boleh dikatakan lewat atau tidak.
Secara umum, haid lewat dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.