
nishasha207
5 tahun
Masalah period tidak teratur dan berpanjangan
hai dokter . Saya shafiqa , berumur 24thn dan saya dah berkahwin . Sebelum nih saya ada masalah period . Period tak teratur and berpanjangan . Saya da refer klinik . Alhamdulillah , saya tiada apa2 masalah . Rahim saya sihat , tiada cyst , tiada fibroid . Cuma period saja brpanjangan tpi keluar nya sedikit2 . Then dokter bagi ubat henti darah and pil hormon . Utk stabil kan hormon . Saya makan seperti yg disuruh . Masa makan ubat henti darah . Darah period saya stop . Habis makan ubat , darah nya keluar balik dlm kuantiti yg sedikit . Habis makan ubat hormon . Terus darah keluar dgn banyak . Satu hari smpai 3 or 4 pad . Full tank . Sampai tembus . Saya jadi takot . And ada keluar ketulan mcm daging . Selepas 13 hari . Darah nya berhenti sendiri . Skrang nih dah dua bulan saya tak datang period . Perut sakit , pingang sengal2 , jerawat naik . Mcm nak period . Tapi tak period . Tpi minggu lepas dekat pantiliner saya ada kesan darah coklat2 . Tpy ta banyak . Saya stndby pakai pad . Sbb ingtkan dah period . Tapi masih lagi tak period smpai ke harini . Bila check pregnacy test . Kputusan dia negative . Dah 5 kali check , kputusan still negative . Saya buntu . Kalo tak pregnant . Knp tak period . Mohon doktor dpat bagi saya pnyelesaian .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid tidak teratur yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Kesan mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.