Sulit
5 tahun
Masalah Period tk teratur
Hi Doctor. Sy berumur 21 tahun, sy mempunyai masalah period sejak di sekolah menengah di mana dalam setahun akan ada 2 bulan Sy tk period & bukanlah berturutan. Maksudnya kalau Jan sy period, mac sy tk period lepastu okay. Kemudian Julai pula sy tk period. Dan period sy selama 6 hari dgn darah yg sederhana. Tetapi tahun ni sy period last pada 1-6/3 & sehingga ke harini (10/5)masih lg tk period. Kenapa ya?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























