
Sulit
3 tahun
Masalah period xteratur
saya berumur 22tahun…saya nak bertanya saya dh seminggu abis period and tibe2 hari ni ade darah sedikit berwarna coklat sedangkan saya dh abis period…adakah keadaan ni biasa or kena berjumpe doktor.Saya keliru adb takut ade masalah ape2 ke…saya ade mengalami period x teratur .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Tekanan emosi, atau emosi yang tidak stabil
- Perubahan jadual hidup seperti jadual harian yang terlalu sibuk
- Kesan pengambilan pil perancang
- Masalah di dalam rahim seperti fibroid atau polip
- Polycystic ovarian syndrome
- Endometriosis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan