
Sulit
4 tahun
Masalah period yang merisaukan
Sy Yaya,umur 30 tahun,anak sy ada 4 org,sblm ni merancang sendiri,ni first time merancang menggunakan pil,da cukup makan 21 biji.kalau ikut kan period 7 hari tapi period tak keluar,tiba2 hari ke 8 baru keluar period,adakah saya patut makan je ubat perancang atau saya kena tunggu sampai period habis???

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera Yaya, terima kasih atas soalan yang diberi.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah haid yang tidak teratur walaupun anda mengambil pil perancang:
- Ketidakseimbangan hormon walaupun anda mengambil pil perancang
- Berat badan; Berat badan yang berlebihan boleh mengubah kitaran haid anda
- Melakukan aktiviti fizikal secara berlebihan; keadaan ini juga dapat mengganggu hormon di dalam badan anda
- Tekanan atau stres disebabkan persekitaran atau jadual kerja yang padat
- Masalah perubatan seperti PCOS atau hipotiroid
- Hamil
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami mengapa anda mengalami masalah haid sedemikian.
Buat masa ini anda boleh teruskan mengambil pil seperti biasa tetapi anda perlu berjumpa dengan doktor sekiranya anda masih mempunyai masalah haid seperti yang dikatakan untuk berbincang mengenai alternatif kepada pil perancang atau tukar kepada pil perancang yang lain.
Antara langkah am yang anda boleh lakukan ialah:
- Bersenam, ini bukan sahaja dapat menurunkan berat badan anda tetapi juga dapat mengekalkan kesihatan anda
- Mengamalkan pemakanan yang seimbang
- Melepaskan stres anda dengan melakukan aktiviti yang menggembirakan anda atau anda boleh bermeditasi ataupun melakukan yoga
Jika anda masih mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami untuk mendapatkan penjelasan yang lebih cerah di atas talian. Terima kasih.