
Sulit
5 tahun
Masalah period yang terlalu lama
Selamat mlm doc…Sya AD, umur 23 thun. Sya ingin menanya mengenai masalah period yang sya alami. Sya anggarkan telah mngalami haid slma 3 mnggu dimana seminggu pertama hanya sikit sja pendarahan yg berlaku… Tapi, satu hari sya telah me minum air tin kelapa Dan kemungkinan itu, sya telah mngalami pendarahan dlm keadaan agak byk slma 2 mnggu hingga saat ini… Bolehkah sya tau mcm mana cara utk memberhentikan pendarahan tsebut sbb akn mengganggu aktiviti kehidupan sehari an saya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid berpanjangan yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti aspirin
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.